PhotobucketPhotobucket

Friday, April 8, 2011

Ohh Yeah Babeh!

Salam

Dah lame sangat laa aku dah tak update blog. Dah banyak dah sarang labah labah dekat blog aku ni. Tak nampak? Lain kali sebelum buka blog aku pakai spec high power punyaa. Confirm nampak. Bukan setakat confirm jamin laa :) Haha. Bak kata Johan bende boleh settle. Dah dah membebel tak habis habis. Act, aku tak update blog aku bukan sebab ape tapi aku dah kekangan idea laa. SERIOUSLY. I am telling the truth. Apabila masa tak nak update blog idea datang dari sana sini tapi masa nak update blog kering kepale otak. Haha. Aku decide nak cerita pasal aku. Yess, myself. Have problem with that? Ade aku kesah?

Haha. Nak tergelak pon adee. First time dalam sejarah hidop aku main softball. Boleh percayee? Aku pon tak percaye. Disebabkan oleh desakan ibuku yang tercinta main laa jugak. Alah mak aku kan suruh sangat aku masuk sekolah SBP. Nak buat macam mane. Nak nak lagi aku ni bukannya orang active sukan ponn. Khemah tu pon berat hati je nak masuk. Hari Isnin lepas, Amy kata dia nak masuk hoki. Aku pon nak laa ikot serta. Hari tu Amy ade PJ maknanya die pakai baju PJ laa. Yang Si Farzana pon pakai baju PJ sebab saje saje. Abis aku? Tak kan main hoki pakai baju sekolah. Kepala masuk air kaa?

Si Farzana cakap pinjam baju die sebab die ade baju PJ tahun lepas. Ye laa aku kan kecik molek jekann orang nya. Kebetulan Si Farzana tinggal Hostel. Jumpalaa Kak Intan nak mintak kebenaran nak balik asrama. Mase on the way nak oergi jumpe Kak Intan, Si Farzana tanya kenal tak Kak Intan? Aku cakap kenal. *Padahal tak kenal. Mwahaha. Dengan bengong nya aku pergi tanya Kak Intan form berapa? Habis kau. Si Farzana gelak nak pecah perut. Habis terkeluar semua. Air liur keluar piiuhhh. Nasib baik gigi masih bertahan lagi. Si Farzana pon cakap Kerani laa bodo. Haha. Tersasur terengganu pulak dekat sini. Pecah tembelang aku -.-".

Pergi laa dekat pejabat. Bertembung pulak dengan Cikgu Marhaini. Alaa penyelaras Tingkatan 1 tulaa. Cikgu tanye nak pergi mane? Kiteorang cakap laa nak jumpe dengan Kak Intan. Cikgu cakap nak mintak tolong boleh? Kiteorang pon ape lagii. BOLEHH! Biasalah pelajar TEPCES First Class kann mesti kene banyak tolong cikgu :) Cikgu mintak tolong hantar budak baru dekat kelas 1 Dynamic. Budak tu tumpang sekolah aku untuk wakil bola jaring selama dua minggu. Nama diaa Puteri. Sebelum tu, pergi jumpe Kak Intan and cakap laa nak balek asrama sebab blah blah blah. Then, terus hantar budak baru tu dekat kelas 1 Dynamic. Tengok tengok taade orang. Haisshh. Menghilang lenyap kene curi dengan Alien kaa? Haha. Dengan kepintaran yang Amy ade terus diaa pergi check jadual and sekarang ni mase Science. Nasihatlaa sikit budak tu suruh bawak kertas & kotak pensil supaya nanti cikgu hantar ternganga ajee mulut. Budak tu taade kertas pulak. Maklumlah pelajar baru. Tengok bawah meje orang lain adee kertas pad satu. Koyakkan lah satu. Sorry. Pergi turun bawah dekat makmal sains. Hantarlaa budak tu & explain dekat cikgu.

And kiteorang teurs berambus ke asrama. Naik dekat dorm Si Farzana. Baju PJ checked. Biarlah warna kuning pon. Yang jadi masalahnya seluar track. Seluar track Farzana memang besar gilaa. Fikir fikir tak tahu nak ambik track sape. Tengok ade jugak track yang bergantung tapi takut nak ambik. Ye laa tak kenal track sape tak kan nak ambik macam tu je. Terpaksa pakai seluar Farzana yang besar gedabak tu. Tak pelah satu hari korban diri. Hockey adaa pemilihan. Dalam hati aku dah berdetik mesti aku tak dapat. No experience main hockey. Tetibe ajee main hockey. Buang tebiat kaa? Lame jugak laa main dalam setengah jam macam tu laa. Aku, Amy and Farzana tak terpilih. Bengang gile. Sampai muke jadi zebra dah. Belang hitam. Belang putih. So hockey rejected!

Then, beralih dengan softball pulak. Haha. Softball lagi teuk. Die punye ape baton entahlaa aku tak tahu nama dia aku tak pernah pegang. Ringan ajee padahal. Aku sibuk tengok cerite je main softball. Trylaa masuk softball. Cikgu Zainuddin yang ajar. Mase mula mula tengok orang main macam faham tapi bila time aku main main HANCUR! Tu pun berjaya sampai Home tanpa kene sentuh. Tapi kene tengok isyarat laa. Ade kakak senior tu bagi isyarat suruh lari. Macam polis traffik pulak gerakkan isyarat tangan suruh lari. And, aku swing kan baton tu kene bola. Haha. Bangga rasa. Ayah aku cakap ayah akulaa yang introduce permainan softball yang pertama dekat Kemaman. Hebat hebat. Hari kedua training pon same. Yang jahat Cikgu Zainuddin bile player out. Dia suke panggil budak tu datang dekat dia & buat muka innocent die tu jerit dekat player tu OUT! Memang malu gile laaa. Softball pon ade pemilihan. Hari Ahad. Amy pulak tak boleh datang sebab mak dia dah tak bagi balik lewat. Amy amy. Wish Me Luck laa. Biar aku, Amy & Farzana terpilih. Tak nak? Tak nak sudah. Ade aku kesah? Kalau aku masuk memang bersyukur sangat sangat laa. Haha. Okayy bubye ;]
Baca and comment banyak banyak!